Shahsuria Sdn Bhd

Tentang Kami

Shahsuria Sdn Bhd ialah sebuah syarikat kontraktor pembinaan yang berdaftar dan berpusat di Negeri Sembilan, ditubuhkan secara rasmi pada 20 Januari 2022. Kami memiliki lesen CIDB G3 dan lesen MOF, membolehkan kami menjalankan pelbagai projek pembinaan termasuk kerja-kerja awam, infrastruktur, serta bina rumah kediaman dan komersial.

 

Kami komited untuk memberikan hasil kerja yang berkualiti tinggi, mengikut spesifikasi, bajet dan tempoh masa yang ditetapkan. Dengan pasukan yang berpengalaman dan berintegriti, kami percaya bahawa kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami dalam setiap projek.

Visi Kami

Menjadi salah satu syarikat pembinaan bumiputera yang terkemuka di Malaysia, dikenali kerana integriti, kualiti kerja, dan kebolehpercayaan dalam menyampaikan projek yang memberi impak positif kepada komuniti dan negara.

Misi Kami

Memberikan perkhidmatan pembinaan yang berkualiti, selamat dan berdaya saing.

Menyediakan solusi pembinaan yang praktikal, jimat kos dan mesra pelanggan.

Membangun hubungan jangka panjang dengan klien berdasarkan kepercayaan, ketelusan dan profesionalisme.